Assalamualaikum,
Sekarang aku tengah baca satu novel. BEST SANGAT.
Hehe, novel cinta.
Tajuk dia rahsia la sebab malu la nk bagitau.
Tapi ada satu dialog ni buat aku terpaku la. Ceh terPAKU hahah.
"Kalau kita ingat kita kaya, ada orang lain yang lagi kaya. Kalau kita ingat kita cantik, ada yang lebih cantik.
Jangan terlalu sombong dengan apa yang ada. Sekejap aje Allah tarik balik.
Cinta itu datang tanpa diundang, perginya tanpa dihalau. Cinta itu pelik dan penuh misteri. Sejuta orang, sejuta pelbagai rasa cinta. Jangan dipersoalkan bagaimana seseorang itu boleh mencitai kita.
Cinta yang suci, tiada persoalan dan tiada jawapan. Ia dari Allah. Hanya mereka yang ikhlas saja terpilih
untuk memilikinya. Hanya Allah yang Maha tahu."
Apa yang menariknya pasal novel ni, penulisnya ialah seorang ustajah gitu.
Kiranya cara ustazah ni nak sampaikan Islam melalui novel ni.
Tapi penulis tu kata yang beliau tak mampu nk panggil ni novel islamik.
Kisah novel ni mengenai seorang lelaki mualaf yang menyimpan perasaan selama lapan tahun terhadap seorang perempuan yang berani dan lantang bersuara. Tak tahu nama perempuan ni, tinggal dekat mana, number phone dan lain2 tapi hanya ada satu gambar yang sempat dia snap. Gambar perempuan tu la.
Novel ni juga mengajar kita mengenai bersangka baik terhadap mualaf. To be honest, aku pun pernah terfikir 'alahai mualaf ni masuk Islam mesti sebab nak kahwin dengan perempuan Melayu, bukannya kenal Islam betul2 pun'. Padahal tak.. Mualaf ni betul2 cintakan Islam. Kadang2 mereka lebih mulia daripada orang yang lahir2 dah Islam.
Contohnya novel ni,
Si hero nak terus kahwin yang merupakan seorang mualaf. Tapi si heroin yang memang lahir dah Islam nak couple2, nak laki tu ngorat dia. See?
Siapa yang lebih kenal Islam?
Walaupun baru baca sampai page 100lebih tapi dah banyak pengajaranyang aku dapat. Serious.
Ada lagi satu. Yang betul2 rasa mcm diri aku, sebab time uni perempuan ni gemuk. Hehe k takde kaitan.
Point dia: PANDAI PILIH KAWAN
Bukannnya kawan yang ambil kesempatan dekat diri kau, yang mentang2 tahu kau kaya then pergi habiskan duit kau.
Dan kau redha cam lembu dicucuk hidung semata-mata nak kawan dengan orang yang popular.
Bukannya kawan yang tiru assignment kau sebab kau rajin ataupun ambil terus kau punya then kau buat yang baru, nilah kisah si heroin yang bagi assignmet dia dekat laki yang dia suka.
Padahal dia nak gunakan kau je. GUNAKAN KAU. GUNAKAN KAU.
Hehe okay nnti saya sambung ok. Adios
p/s: saya lagi hayati bila membaca daripada menonton cuz i wiil cry like crazy.
No comments:
Post a Comment
ha komen2