20 November 1995
"Kakak mandi cepat, tolong ibu siapakan makanan ni, karang pukul berapa nak sampai Cameron Highland!"laung ibu dari dapur. Hmm yelah yelah, dengus Haliza.Sebelum Haliza keluar dari biliknya, Hakimi sempat lagi menunjukkan thumbs up serta menjelirkan lidahnya. 'Heh nasib baik baru darjah 2, kalau tak aku hempuk budak ni'. Teringat Haliza akan perilaku adiknya tujuh bulan yang lalu yang lalu membuatkan dia dihukum teruk oleh ayah.
4 April 1995
'Paaaaaaang' wajah Haliza berona merah kerana ditampar oleh ayahnya. Ayahnya, Encik Rahim seorang ketua kampung yang sangat tegas serta berwibawa. Anak-anak muda di Kampung Juara ini semua tidak berani untuk betentang mata dengan Encik Rahim."Kenapa ni bang, cuba bawa berbincang"risau melihat keadaan suaminya yan kadang kala hot tempered. Encik Rahim terus menceritakan satu persatu perkara yang berlaku.
Haliza dan Hakimi pergi ke kedai runcit untuk membeli minyak masak cap rambutan seperti yang dipesan oleh ibu. Haliza mengeluarkan wang dari dompetnya, dia terkejut apabila Hakimi menyiku lengannya menyuruh dia membayar dengan cepat sedikit. Haliza terkejut apabila melihat adiknya itu menyorokkan snek snek yang telah dicurinya. Tauke kedai runcit tersebut ternampak akan apa yang dilakukan oleh pelanggannya itu. Hakimi terus menyuruh kakaknya memegang snek-snek yang ingin dicurinya lalu melarikan diri.'Berani eh adik you, I kasi tahu sama lu punya ayah, nama saja anak ketua kampung' Ah Seng terus menelefon Encik Rahim. Encik Rahim datang dalam keadaan yang bengis lalu menjemput Haliza di kedai.
'Habislah aku dekat rumah nanti'.
Terkejut Haliza kerana ayahnya menampar pipinya yang mulus. Haliza seorang yang berkulit putih, jelas tamparan Encik Rahim memberi kesan ke atas pipinya. "Sampai hati ayah, kenapa tak nak dengar penjelasan Haliza?". Tersedu-sedu Haliza menangis. "Penjelasan apanya, dah memang jelas kau nak mencuri!" tengking Encik Rahimi. Satu ketukan di pintu rumah menganggu perbualan hangat mereka.'Inilah budak yang mencuri tu ayah!'raung Haliza di dalam hati. "Ayah, Hakimi nak minta maaf , sebenarnya Kimi yang mencuri."'Nasib baik kau mengaku, dengus Haliza. "Hmm, takpelah ayah maafkan, Haliza ayah minta maaf"
Senang je ayah nak maakan dia, kadang kadan rasa tak adil pun ada. Semanjak hari itu, Haliza lebih makan hati dan banyak berdiam diri. Hakimi juga berasa sedih kerana kakaknya tidak berpewatakan seperti dahulu. Kakaknya yang cengeng dan manja.
8 a.m 22 November 2012
'Okey, semua kita dah nak bertolak dah.' laung ayah. Haliza gembira kerana ayahnya sudah berubah hari demi hari. Ayahnya semakin rapat dengannya. Selama ini ayahnya cukup rapat dengannya tapi semuanya disebabkan peristiwa tujuh bulan yang lalu.
Sedang mereka asyik menikmati pemandangan, ada satu bauan keluar dari dalam kereta. Amat busuk. Hakimi tersenyum macam keran busuk. "Kau kentut kan, dik Ya Allah busuk gila"Hahahaha. Pecah tawa mereka semua di dalam kereta. Dah lama Haliza tidak berasa begitu dekat dengan keluarnya.
Cameron Highland
Tiga hari di Cameron Highland terasa buat indah di hati Haliza. Dia rindukan keluarganya.'Kejap lagi nak check out, nak kemas baranglah' Haliza bermonolog sendirian. "Haliza, ayah minta maaf ye, kalau ayah buat Haliza selama ni, Haliza anak perempuan ayah, ayah sayang sangat dengan Haliza. "Ibu pun kakak, ibu sayang kakak sampai syurga, okey!. "Kakak, adik lagi sayang kakak, adik kacau kakak sebab adik nak perhatian kakak"sampuk Hakimi. Eh, kenapa ni? "Okey, kakak pun minta maaf, okey."Mereka sekeluarga berpelukan sambil ketawa.Hmm,pelik.
Jalan di Cameron Highland memang bersimpang-siur. Sedang Halizza sibuk mendengar lagu,'piinnnnn, ayah membunyikan hon'"Baaaaaanngg, apa yanng dah jadi ni, desis Haliza sebelum pengsan dek terlalu banyak darah di badannya. Haliza ternampak samar samar bayangan ayah, ibu dan adiknya di tepi jalan. Kecederaan mereka kelihatan begitu. Haliza dijaga oleh Makcik Senah, makik kandungnya setelah ketiadaan keluarganya. Semenjak hari itu, Haliza menjadi seorang yang labih matang dan lebih tabah menempuh dugaan.
Haliza tersedar daripada lamunannya. Dia berdoa agar jasad keluarganya di tempat orang yang beriman.
'Eh, dah pukul dua ni, kena masuk pejabat cepat'.
-tamat-
So hi guys, this is my first try hope uolls like it. Aku memang dah lama minat untuk buat benda benda macam ni. Much love, xoxo.
p/s: Al- Fatihah untuk Yus Jambu yang baru saja meninggal dunia, pagi tadi 12:15.
Aku, kau dan semua orang akan jadi jenazah jugak kan nanti!
No comments:
Post a Comment
ha komen2